Klik Untuk Capaian Melalui FB Video

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM : BAHASA MELAYU | ENGLISH

Ringkasan Kes COVID-19 pada 14 JUN 2020

Kes baharu dilaporkan: 8

Perincian kes baharu:-

--> 2 kes import (0 WN, 2 BWN)

--> 6 kes penularan tempatan (2 WN, 4 BWN)

  • Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 8,453
  • Jumlah kes aktif: 986
  • Kes sembuh: 35
  • Jumlah keseluruhan kes sembuh: 7,346
  • Jumlah keseluruhan kes di ICU: 4 (Tiada yg memerlukan bantuan alat pernafasan)
  • Kematian: 1
  • Jumlah keseluruhan kematian: 121

Buat pertama kali, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah di bawah 1,000 iaitu 986 kes.

Nasihat berkaitan COVID-19

TERUS PATUH KEPADA S.O.P

Muat turun aplikasi MySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!

LAPORAN HARIAN


KEMATIAN

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 121 kes (1.43 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

Kes kematian ke-121 (kes ke-7468) merupakan lelaki warganegara India (orang kena tahan (OKT) di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil. Beliau berumur 67 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit buah pinggang. Beliau telah didapati tidak sedarkan diri di DTI Bukit Jalil dan telah segera dibawa ambulans ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau disahkan meninggal dunia pada 12 Jun 2020. Saringan ujian COVID-19 didapati positif dan keputusan penuh bedah siasat masih dalam proses. KKM mengucapkan takziah kepada keluarga beliau.

Next Post Previous Post