TIGA (3) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (30/11/2020)

KKM juga ingin memaklumkan terdapat tiga (3) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1. KLUSTER JALAN LAPAN

Kluster ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor dan daerah Cheras, Kepong, Titiwangsa, dan Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks (iaitu kes ke-59246) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 25 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 30 November 2020, sejumlah 306 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER BATU SEMBILAN

Kluster ini melibatkan daerah Kuala Langat, Klang, Petaling dan Kuala Selangor di Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke-58486) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 24 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 30 November 2020, sejumlah 83 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER NIBONG

Kluster ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks (iaitu kes ke- 63151) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 30 November 2020, sejumlah 152 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Previous Post