KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat empat (4) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;
Kluster baharu ini melibatkan daerah Sandakan di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-22026) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kemasukan ke wad pada 20 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 15 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes ini telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, Dewan Kompleks Sukan Sibuga, Sandakan.
Sehingga 14 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 54 individu telah disaring, di mana:
Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-23498) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 5 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 22 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes ini telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, Hospital Queen Elizabeth.
Sehingga 14 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 317 individu telah disaring, di mana:
Kluster baharu ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah di negeri Pulau Pinang serta daerah Kulim di negeri Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-42773) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kendiri pada 11 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak sembilan (9) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.
Sehingga 14 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 66 individu telah disaring, di mana:
Kluster baharu ini melibatkan daerah Timur Laut dan Barat Daya di negeri Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-39181) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kendiri pada 6 November 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak sembilan (9) lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 14 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 90 individu telah disaring, di mana: