KKM juga ingin memaklumkan terdapat sembilan (9) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER SERI LANANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang, Gombak, Kuala Selangor dan Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 29 Disember 2020, sejumlah 1,020 individu telah disaring, di mana 173 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER JALAN CHU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 29 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah syarikat. Sehingga 29 Disember 2020, sejumlah 70 individu telah disaring, di mana 44 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER TAPAK BINA AWAN PUTEH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 29 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 29 Disember 2020, sejumlah 87 individu telah disaring, di mana 29 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER INTEGRA IKON

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-104673) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Disember 2020 melalui saringan kendiri. Sehingga 29 Disember 2020, sejumlah 185 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER JALAN SATANG

Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; daerah Hulu Langat, Klang, Petaling dan Gombak di Selangor; serta daerah Bentong di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-92888) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Disember 2020. Sehingga 29 Disember 2020, sejumlah 104 individu telah disaring, di mana 30 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini

6. KLUSTER TEMBOK MEMPAGA

Kluster ini melibatkan daerah Bentong di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-97373) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Disember 2020 melalui saringan tahanan. Sehingga 29 Disember 2020, sejumlah 504 individu telah disaring, di mana 284 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER TIMBANG DAYANG

Kluster ini melibatkan daerah Kota Belud di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-100487) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 29 Disember 2020, sejumlah 87 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER TEGULI

Kluster ini melibatkan daerah Putatan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-86690) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 29 Disember 2020, sejumlah 13 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

9. KLUSTER RAMBAI

Kluster ini melibatkan daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah di Melaka; daerah Petaling di Selangor; dan daerah Rembau di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-104441) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 29 Disember 2020, sejumlah 102 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post