COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Status Terkini Tiga Kluster di Sabah dan Satu Kluster di Kedah

Kluster Pulau

Terdapat 14 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Pulau pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 29 kes. Sehingga 21 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 451 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

Kunak (371 disaring):

  • 26 kes dikesan positif COVID-19 (14 kes baharu);
  • 155 individu negatif; dan
  • 190 individu menunggu keputusan.

Semporna (80 disaring):

  • Tiga (3) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 77 individu masih menunggu keputusan.

Daripada jumlah 29 kes positif COVID-19, 26 adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala tiga (3) adalah warganegara Filipina.


Kluster Selamat

Terdapat 12 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Selamat pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 19 kes. Sehingga 21 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 215 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

  • 19 kes dikesan positif COVID-19 (12 kes baharu); dan
  • 196 individu masih menunggu keputusan.

Kesemua 19 kes positif COVID-19 dalam kluster ini melibatkan 18 warganegara Malaysia dan satu (1) bukan warganegara.


Kluster Benteng LD

Terdapat lima (5) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Benteng LD pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 583 kes. Sehingga 21 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 9,610 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

Tawau (7,134 disaring);

  • 426 kes dikesan positif COVID-19;
  • 5,109 individu negatif; dan
  • 1,599 individu menunggu keputusan.

Lahad Datu (2,475 disaring):

  • 156 kes dikesan positif COVID-19 (5 kes baharu);
  • 1,306 individu negatif; dan
  • 1,013 individu menunggu keputusan.

Sandakan – Satu (1) kes dikesan positif COVID-19, tiada saringan dan pertambahan kes baharu. Berdasarkan keseluruhan saringan bagi kluster ini, pecahan saringan melibatkan:

  • 1,520 banduan dan tahanan di mana 475 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,159 kakitangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dan Penjara Tawau di mana 24 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,394 ahli keluarga kepada kakitangan, banduan dan tahanan di mana 26 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,384 pegawai agensi kerajaan lain di mana tiada kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 4,153 kontak sosial di mana 58 kes dikesan positif COVID-19.

Daripada jumlah 583 kes positif COVID-19, 290 adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 293 adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:

  • Filipina (192 kes); dan
  • Indonesia (101 kes).

Ingin dimaklumkan bahawa jumlah kes akan sentiasa dikemaskini dan kategori bagi kes positif mungkin akan berubah bergantung kepada maklumat terkini hasil siasatan di lapangan.


Kluster Sungai

Terdapat satu (1) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Sungai pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 74 kes. Sehingga 21 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 24,699 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

Kedah (24,510 disaring):

  • 73 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
  • 24,205 individu negatif; dan
  • 232 individu menunggu keputusan.

Pulau Pinang (142 disaring):

  • 142 individu negatif.

Perlis (47 disaring):

  • Satu (1) kes dikesan positif COVID-19;
  • 43 individu negatif; dan
  • Tiga (3) individu menunggu keputusan.

Kesemua 74 kes positif dalam kluster ini merupakan warganegara Malaysia.

Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) bagi kluster-kluster ini masih diteruskan dan status terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Next Post Previous Post