Status Terkini : Kluster BENTENG LD

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat pertambahan tujuh (7) kes dalam kluster ini. Enam (6) daripada tujuh (7) kes ini adalah kes baharu. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini 14 kes.

Hasil siasatan lanjut kluster mendapati satu (1) kes positif COVID-19 yang melibatkan seorang banduan di Penjara Tawau, Sabah (iaitu kes ke-9351 yang dilaporkan pada 1 September 2020) berkait rapat dengan kluster ini. Beliau mempunyai sejarah dimasukkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu bagi perbicaraan sebutan kes, di mana beliau didapati mempunyai kontak rapat dengan kedua-dua kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-9344 dan kes ke-9345) .

Enam (6) kes baharu yang dilaporkan hari ini telah dikesan di Penjara Tawau. Empat (4) daripada kes tersebut turut mempunyai sejarah ke IPD Lahad Datu serta mempunyai kontak rapat dengan kes indeks. Mereka telah balik ke Penjara Tawau pada 28 Ogos 2020 dan seterusnya menjangkiti dua (2) lagi banduan baharu di Penjara Tawau. Kesemua kes positif baharu ini tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Tawau.

Sehingga 3 September 2020, seramai 336 orang telah disaring. Daripada jumlah ini:

  • 14 kes dikesan positif COVID-19;
  • 123 individu negatif; dan
  • 199 individu masih menunggu keputusan.

Jumlah saringan yang telah dilaksanakan bagi kluster ini melibatkan:

  • 121 orang banduan;
  • 83 orang kakitangan penjara;
  • 68 orang ahli keluarga kakitangan dan banduan;
  • 61 anggota polis; dan
  • 3 orang pegawai agensi kerajaan yang lain.

Next Post Previous Post