COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Kluster Benteng LD

Terdapat empat (4) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Benteng LD pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 879 kes. Sehingga 30 September 2020 jam 12:00 tengah hari, sejumlah 11,846 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut daerah yang terbabit adalah seperti berikut:

Tawau (8,875 individu disaring):

  • 655 kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu);
  • 6,873 individu negatif; dan
  • 1,347 individu masih menunggu keputusan.

Lahad Datu (2,964 individu disaring):

  • 220 kes dikesan positif COVID-19;
  • 2,261 individu negatif; dan
  • 483 individu masih menunggu keputusan.

Kinabatangan (5 individu disaring):

  • Dua (2) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • Tiga (3) individu negatif.

Sandakan: Dua (2) individu disaring yang mana kedua-duanya dikesan positif COVID-19.

Berdasarkan keseluruhan jumlah saringan yang telah dilaksanakan sehingga kini bagi Kluster Benteng LD, pecahan saringan melibatkan:

  • 1,773 orang banduan dan tahanan di mana 676 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,176 orang kakitangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dan Penjara Tawau di mana 26 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,398 orang kontak ahli keluarga kakitangan dan banduan di mana 33 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,623 orang pegawai agensi kerajaan lain, tiada kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 5,876 kontak sosial di mana 144 kes dikesan positif COVID-19.

Daripada jumlah 879 kes positif COVID-19, 525 adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 354 adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:

  • Filipina (223 kes);
  • Indonesia (130 kes); dan
  • Timor-Leste (1 kes).

Jumlah kes akan sentiasa dikemaskini dan kategori bagi kes positif mungkin akan berubah bergantung kepada maklumat terkini hasil siasatan di lapangan.


Kluster Bangau-bangau

Terdapat sembilan (9) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Bangau-Bangau pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 287 kes. Sehingga 30 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 458 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

  • 287 kes dikesan positif COVID-19 (9 kes baharu);
  • 51 individu dikesan negatif COVID-19; dan
  • 120 individu masih menunggu keputusan.

Daripada jumlah 287 kes positif COVID-19, 231 kes adalah warganegara Malaysia manakala 56 adalah warganegara Filipina.


Kluster Bakawali

Terdapat tujuh (7) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Bakawali pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 11 kes. Sehingga 30 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 168 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

Johor (161 individu disaring):

  • 11 kes dikesan positif COVID-19 (7 kes baharu);
  • 70 individu negatif; dan
  • 80 individu masih menunggu keputusan.

Selangor: Lima (5) individu disaring dan masih menunggu keputusan.

Melaka: Satu (1) individu disaring dan masih menunggu keputusan.

Kelantan: Satu (1) individu disaring dan masih menunggu keputusan.

Kesemua 11 kes positif dalam kluster ini merupakan warganegara Malaysia.


Kluster Sungai

Terdapat satu (1) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Sungai pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 100 kes. Sehingga 30 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 25,406 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

Kedah (25,186 individu disaring):

  • 99 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu); dan
  • 25,087 individu negatif.

Pulau Pinang (142 individu disaring):

  • 142 individu negatif.

Perlis (78 individu disaring):

Satu (1) kes dikesan positif COVID-19; dan 77 individu negatif.

Daripada 100 kes positif COVID-19 dalam kluster ini, 99 kes adalah warganegara Malaysia dan satu (1) kes adalah warganegara Thailand.


Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) bagi kluster-kluster ini masih diteruskan dan status terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Previous Post