HEAT MAP KAWASAN AKTIF SEPANJANG PKPB DILAKSANAKAN
Selangor lapor 603 kes baharu dan 282 kes sembuh. 504 daripada jumlah kes baharu dilaporkan dalam kluster Teratai. Jumlah kes aktif di Klang adalah 2,015 manakala kes aktif di Selangor; 3,560.
LAPORAN KLUSTER COVID-19 DI MALAYSIA
Sehingga 22 November 2020, terdapat sebanyak 330 kluster telah dilaporkan. Pada hari ini, terdapat tiga (3) kluster baharu yang dilaporkan. Jumlah kluster tamat adalah sebanyak 163 kluster dengan empat (4) kluster yang tamat hari ini iaitu Kluster Kasih, Kluster Baiduri, Kluster Long dan Kluster Bestari. Ini menjadikan menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 167 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 54 kluster melaporkan pertambahan kes. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Teratai (504 kes), Kluster Tembok (42 kes), dan Kluster Kaya (20 kes).
KLUSTER BAHARU
KLUSTER TAMAT
PERINCIAN SETIAP KLUSTER AKTIF DI MALAYSIA
TABURAN KES
PERGERAKAN 14 HARI TABURAN KES MENGIKUT DAERAH DI MALAYSIA
Daerah warna hijau: tidak ada kes dlm 14 hari
Daerah warna kuning: ada 1-40 kes dlm 14 hari
Daerah warna merah: ada 41 kes atau lebih dlm 14 hari