KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat lima (5) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1) KLUSTER TEDUH, SABAH

Kluster baharu ini melibatkan daerah Lahad Datu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13000) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu yang mempunyai sejarah perjalanan dari daerah yang berisiko tinggi iaitu Semporna pada 6 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 10 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 17 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 535 individu telah disaring, di mana:

  • 11 kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 524 individu masih menunggu keputusan.

2) KLUSTER MENARA, SELANGOR

Kluster baharu ini melibatkan daerah Gombak, Petaling, Klang, Sepang dan Hulu Langat di negeri Selangor; daerah Lembah Pantai, Titiwangsa dan Cheras di WP Kuala Lumpur; daerah Larut, Matang dan Selama di negeri Perak serta Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-16041) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 9 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 32 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 17 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 180 individu telah disaring, di mana:

  • 33 kes dikesan positif COVID-19;
  • 33 individu negatif; dan
  • 114 individu masih menunggu keputusan.

3) KLUSTER KELADI, SELANGOR

Kluster baharu ini melibatkan daerah Klang di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17381) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat pada 13 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 25 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 17 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 107 individu telah disaring, di mana:

  • 26 kes dikesan positif COVID-19;
  • 74 individu negatif; dan
  • Tujuh (7) individu masih menunggu keputusan.

4) KLUSTER SENTRAL, KUALA LUMPUR

Kluster baharu ini dikenal pasti di Kepong, Cheras dan Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18676) yang juga merupakan kes kematian ke-176, telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kematian di sebuah pusat perubatan pada 16 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti empat (4) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 17 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 135 individu telah disaring, di mana:

  • Lima (5) kes dikesan positif COVID-19;
  • 122 individu negatif; dan
  • Lapan (8) individu masih menunggu keputusan.

5) KLUSTER BAH BEMBAN, TERENGGANU

Kluster baharu ini melibatkan daerah Dungun di negeri Terengganu dan daerah Kota Kinabalu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12082) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 3 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 11 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 17 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 222 individu telah disaring, di mana:

  • 12 kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 210 individu negatif.

Next Post Previous Post