KKM juga ingin memaklumkan terdapat sebelas (11) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1. KLUSTER TAPAK BINA JALAN SENG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 26 Disember 2020, sejumlah 407 individu telah disaring, di mana 232 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER PAGAR SIPUT
Kluster ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-100106) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 26 Disember 2020, sejumlah 200 individu telah disaring, di mana 129 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER PLASTIK SUBANG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah daerah Petaling dan Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 23 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 26 Disember 2020, sejumlah 354 individu telah disaring, di mana 111 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER HALBAN
Kluster ini melibatkan daerah Kota Bharu di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-98731) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Disember 2020 melalui saringan kontak rapat. Sehingga 26 Disember 2020, sejumlah 99 individu telah disaring, di mana 29 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER LIS PUTIH
Kluster ini melibatkan daerah Barat Daya di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-74130) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dan telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Disember 2020. Sehingga 26 Disember 2020, sejumlah 128 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER SENTOSA RESIDENSI
Kluster ini melibatkan daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-98518) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 26 Disember 2020, sejumlah 81 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER SERAGAM CHEPA
Kluster ini melibatkan daerah Kota Bharu, Bachok dan Tumpat di negeri Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 97386) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 26 Disember 2020, sejumlah 430 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER PAGAR BENTONG
Kluster ini melibatkan daerah Bentong di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-71314) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Disember 2020 melalui saringan tahanan. Sehingga 26 Disember 2020, sejumlah 79 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

9. KLUSTER JALAN ASAM
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 19 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 26 Disember 2020, sejumlah 713 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

10.KLUSTER SUNGAI REDAN
Kluster ini melibatkan daerah Kluang dan Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-98482) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dan telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Disember 2020. Sehingga 26 Disember 2020, sejumlah 93 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

11. KLUSTER SEMAMBU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-89021) bekerja di sebuah pasaraya dan telah dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 26 Disember 2020, sejumlah 47 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post