Kluster Kurau (Perak); Kluster Meranti (Putrajaya) dan Kluster Tawar (Baling, Kedah)

Tiga kluster #COVID19 yang baharu dikesan iaitu Kluster Kurau di Perak; Kluster Meranti di Putrajaya dan Kluster Tawar di Baling, kedah, belum dikenal pasti punca jangkitan.

Siasatan awal setakat ini mendapati, ketiga-tiga kluster ini tiada kaitan dengan Kluster PUI Sivagangga atau kluster yang telah sedia ada.

1. Kluster Kurau, Perak
Kes pertama dilapor pada 7 Ogos melibatkan seorang petugas kesihatan di Ulu Kinta. Hasil pengesanan kes aktif menerusi kontak rapat, empat lagi ahli keluarga kepada kes pertama dikesan positif iaitu abang ipar, dua adik dan seorang anak saudara. Penularan kluster ini dikaitkan dengan aktiviti kunjung mengunjung pada hari Raya Aidiladha.

2. Kluster Meranti, Putrajaya
Kes pertama dilapor pada 31 Julai hasil saringan sebelum pembedahan. Kes keduua pula dikesan melibatkan seorang petugas kesihatan pada 8 Ogos. Hasil siasatan, kes pertama pernah menerima rawatan di fasiliti kesihatam tempat kes kedua bertugas. Setakat ini, hanya dua kes positif. Punca kes pertama mendapat jangkitan masih dalam siasatan.

3. Kluster Tawar, Baling, Kedah
Kluster paling baharu dikesan. Kes pertama dilapor pada 12 Ogos hasil ujian saringan selepas bergejala. Hasil pengesanan kes aktif menerusi kontak rapat, 9 lagi ahli keluarga rapat dikesan positif. Kesemua mereka yang positif termasuk kes pertama pernah menghadiri upacara keagamaan memperingati kematian ahli keluarga pada 31 Julai – 1 Ogos. Seramai 56 kontak rapat yang telah disaring masih menunggu keputusan ujian makmal.

Next Post Previous Post