Kemaskini Negeri Sehingga 25 Jun 2020

KES BAHARU = 4
a) melibatkan kes import = 3
i) warganegara= 3
ii) bukan warganegara= 0

𝐛) melibatkan kes tempatan = 𝟏
𝐢) warganegara = 𝟏
𝐢𝐢) bukan warganegara = 𝟎

PERINCIAN KES IMPORT (3 KES)

a) 1 kes balik dari Singapura, 1 kes balik dari United Kingdom dan 1 kes balik dari Mesir.

PERINCIAN KES TEMPATAN (1 KES)

b) Kes tempatan melibatkan warganegara.

Kes saringan SARI di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang, adalah kes ke 8600 iaitu seorang lelaki berusia 43 tahun dan bertugas sebagai Pengawal Keselamatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kencana, Simpang Renggam.

Kes mengalami gejala sesak nafas dan sakit badan pada 20 Jun 2020 dan di bawa ke Unit Kecemasan HEBHK atas rujukan Klinik Kesihatan Simpang Renggam.

Kes telah dimasukkan ke ICU dengan diagnosa demam denggi pada 21 Jun 2020 dan dikesan positif RT-PCR oleh IMR pada 23 Jun 2020.

Tiada kes melibatkan bukan warganegara pada hari ini.

Next Post Previous Post