Kluster Baharu : KLUSTER SELAMAT

KLUSTER SELAMAT

KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu telah dilaporkan di Semporna, Sabah. Kes indeks kluster (iaitu kes ke-9969) merupakan seorang wanita warganegara Malaysia yang berusia 32 tahun. Beliau didapati positif COVID-19 pada 14 September 2020 ketika saringan kemasukan ke Hospital Tawau bagi kelahiran pramatang. Hasil saringan kontak rapat dan pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection), satu (1) lagi kes positif COVID-19 telah dikesan. Kes merupakan pegawai perubatan yang merawat kes indeks. Sehingga 17 September 2020, sejumlah 118 individu telah disaring dalam kluster ini. Daripada jumlah ini:

  • Dua (2) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 116 individu masih menunggu keputusan.

Langkah pencegahan penularan jangkitan seperti proses nyah kuman dan pembersihan telah dijalankan di lokasi-lokasi yang dikenal pasti. Punca jangkitan masih di dalam siasatan dan aktiviti mengawal penularan jangkitan bagi kluster ini giat dijalankan di lapangan.

Next Post Previous Post