COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Kluster Baharu : KLUSTER ALAM

KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu yang telah terpencil (isolated), yang telah dikenalpasti di sebuah kapal di Bintulu, Sarawak. Setakat ini, sebanyak empat (4) kes positif telah dikesan di atas kapal tersebut. Kluster ini dikesan susulan saringan COVID-19 yang telah dijalankan ke atas lima (5) orang kakitangan kapal tersebut yang mengalami gejala. Daripada jumlah tersebut, empat (4) orang didapati positif COVID-19 dan seorang masih menunggu keputusan pengesahan makmal.

Kesemua kes positif ini merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua (2) warganegara Malaysia dan dua (2) bukan warganegara. Kapal di mana mereka bertugas ini mempunyai sejarah perjalanan ke negara Jepun. Mereka sedang dirawat di Hospital Bintulu, Sarawak. Justeru, kluster ini tidak membawa risiko penularan jangkitan di dalam komuniti kerana ia merupakan kluster import yang terpencil (isolated) di sebuah kapal. Aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat sedang dijalankan. Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar telah dijalankan di kapal tersebut.

Next Post Previous Post