Dengan pertambahan 132 kes positif hari ini, jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Selangor adalah 3,489 kes. Bagi gelombang ketiga ini, negeri Selangor mula menyaksikan peningkatan kes pada penghujung bulan September 2020 setelah kemasukan dan kepulangan pengunjung dari negeri Sabah.
Kluster pertama yang dilaporkan di Selangor dalam gelombang ketiga ini adalah Kluster Jalan Apas, iaitu pada 28 September 2020 di mana ianya telah melibatkan keluarga yang pulang dari Sabah. Peningkatan kes penularan tempatan di dalam negeri Selangor mula dilihat pada 2 Oktober 2020 dan meningkat secara konsisten sehingga ke hari ini.
Untuk makluman, sejumlah 26 kluster aktif dicatatkan di Selangor bermula kluster pertama (Kluster Jalan Apas) sehingga kluster terbaru diumumkan (Kluster Hentian):
Situasi ini berikutan kepadatan penduduk dan kadar pergerakan yang tinggi di kalangan penduduk di negeri Selangor dan pengunjung di negeri Selangor.