KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat enam (6) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu di negeri:

  • Sabah – Empat (4) kluster;
  • Selangor – Satu (1) kluster; dan
  • Penang – Satu (1) kluster.

1) KLUSTER SEMARAK, SABAH

Kluster baharu ini dikenal pasti di daerah Tawau, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12200) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 3 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 13 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 13 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 19 individu telah disaring, di mana:

  • 14 kes dikesan positif COVID-19; dan
  • Lima (5) individu masih menunggu keputusan.

2) KLUSTER BINA, SABAH

Kluster baharu ini dikenal pasti di Beaufort, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-15575) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kemasukan ke Hospital Sipitang pada 10 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth. Saringan kontak rapat telah mengesan 13 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 13 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 59 individu telah disaring, di mana:

  • 14 kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 45 individu negatif.

3) KLUSTER SABINDO, SABAH

Kluster baharu ini dikenal pasti di Tawau di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11897) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 3 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Tawau. Saringan kontak rapat telah mengesan 13 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 13 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 76 individu telah disaring, di mana:

  • 14 kes dikesan positif COVID-19;
  • 51 individu negatif; dan
  • 11 individu masih menunggu keputusan.

4) KLUSTER BESTARI, SABAH

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Sandakan, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14830) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 10 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 18 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 13 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 45 individu telah disaring, di mana:

  • 19 kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 26 individu masih menunggu keputusan.

5) KLUSTER BAH KENANGAN, SELANGOR

Kluster baharu ini melibatkan melibatkan daerah Hulu Langat, Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11802) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari Kawasan Berisiko Tinggi (Sabah) pada 2 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 17 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 13 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 38 individu telah disaring, di mana:

  • 18 kes dikesan positif COVID-19;
  • 15 individu negatif; dan
  • Lima (5) individu masih menunggu keputusan.

6) KLUSTER PENJARA JAWI, PULAU PINANG

Kluster baharu ini dikenal pasti di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Tiga (3) tahanan telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kemasukan dari Penjara Reman Timur Laut pada 11 Oktober 2020. Mereka semua tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Pusat Rawatan Berisiko Rendah.

Sehingga 13 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 226 individu telah disaring, di mana:

  • Tiga (3) kes dikesan positif COVID-19;
  • 61 individu negatif; dan
  • 162 individu masih menunggu keputusan.

Next Post Previous Post