Klik Untuk Capaian Melalui FB Video

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM : BAHASA MELAYU | [ENGLISH]()

Terkini COVID-19; 23 Sept 2020

  • Jumlah discaj baru:39
  • Jumlah kumulatif:9602 (91.4%)
  • Jumlah kes baru;147
  • Jumlah kumulatif:10505
  • Jumlah kes aktif:770
  • Kes local:143 (119WN, 24BWN)
  • Kes import:4 (3WN, 1BWN)
  • Jumlah kematian:3
  • Jumlah kumulatif:133 (1.27%)
  • Kes di ICU:8
  • intubated: 2

Nasihat berkaitan COVID-19 (klik gambar untuk besarkan)

Putus Covid Putus Covid Putus Covid

TERUS PATUH KEPADA S.O.P

Muat turun aplikasi MySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!

LAPORAN HARIAN

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 3 kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 133 kes (1.27 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

  1. Kes kematian ke-131 (iaitu kes ke-10495) merupakan perempuan warganegara Indonesia berumur 48 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Kes mula mengalami gejala lemah badan, muntah, batuk dan demam pada 14 September 2020. Kes telah dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Tawau, Sabah pada 18 September 2020 dalam keadaan separa sedar. Keadaan kes didapati merosot dan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 19 September 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada hari yang sama jam pada 10.20 malam. Saringan COVID-19 didapati positif pada 22 September 2020.

  2. Kes kematian ke-132 (iaitu kes ke-10493) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 54 tahun. Kes telah mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Semporna, Sabah pada 18 September 2020 bagi gejala demam, batuk dan sukar bernafas. Saringan COVID-19 telah dijalankan. Keadaan kes didapati semakin merosot dan kemudian dirujuk ke Hospital Tawau pada 20 September 2020 di mana kes dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Kes disahkan meninggal dunia pada 22 September 2020 pada jam 6.55 petang. Pada 22 September 2020, saringan COVID-19 didapati positif.

  3. Kes kematian ke-133 (iaitu kes ke-9224) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 72 tahun dengan latar belakang penyakit strok. Kes telah dikesan sebagai kontak rapat kepada kes ke-9124 (kes kematian ke-127) yang merupakan kes positif dalam Kluster Tawar. Kes tidak bergejala, dikesan positif COVID-19 pada 19 Ogos 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Keadaan kes didapati merosot dan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Kes disahkan meninggal dunia pada 23 September 2020 pada jam 3.40 pagi.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

Next Post Previous Post