DUA (2) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (14/12/2020)

KKM juga ingin memaklumkan terdapat dua (2) kluster baharu yang melibatkan tempat kerja telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER SOLAR RIA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang, Kuala Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-73366) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Disember 2020 melalui saringan sebelum pulang ke negara asal. Sehingga 14 Disember 2020, sejumlah 2,339 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. Kluster ini melibatkan sembilan (9) warganegara dan 16 bukan warganegara.

2. KLUSTER SENU SETIA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-83123) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Disember 2020 melalui saringan sebelum pulang ke negara asal. Sehingga 14 Disember 2020, sejumlah 26 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19. Kesemua kes dalam kluster ini merupakan bukan warganegara.

Next Post Previous Post