Situasi Terkini 21 Mei 2020

/ harian, kluster, #covid19malaysia

Klik Untuk Capaian Melalui FB Video

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM : BAHASA MELAYU | ENGLISH

KERATAN AKHBAR HARIAN : Keratan Akhbar 21 Mei 2020

KesNegeri

Dashboard

Purple

Stats UKK

Sembuh UKK


Jumlah keseluruhan taburan Covid-19 di Malaysia.

Dengan 50 kes baharu dilaporkan, jumlah keseluruhan kes positif menjadi 7,059. Terdapat juga kluster baru iaitu Depot Tahanan Imigresen di Bukit Jalil dengan jumlah kes positif adalah sebanyak 35


Kapasiti harian 45 makmal.

Untuk makluman, Kapasiti maksima bilangan ujian harian ialah sebanyak 27,573 namun semalam kita berjaya laksanakan 27,998 iaitu 102% daripada kapasiti maksima.


LAPORAN KLUSTER COVID-19 DI MALAYSIA

Rumusan Kes Kluster Covid0-19:

Kluster Perhimpunan di Masjid Seri Petaling melaporkan tiada kes baharu dikesan. Kes masih aktif menurun ke 324 daripada 399 dilaporkan semalam.

Kluster Tamat

Pada 18 Mei 2020, terdapat dua (2) lagi kluster yang telah diisytiharkan tamat oleh pihak KKM, menjadikan jumlah keseluruhan kluster yang telah tamat adalah sebanyak 13 buah. Berikut adalah senarai kluster yang telah diisytiharkan tamat sebelum hari ini.

  1. Kluster Seksyen 6 Bandar Baru Bangi
  2. Kluster Warga Emas (pusat jagaan warga emas)
  3. Kluster Bandar Baru Bangi (Majlis Perkahwinan)
  4. Kluster Selayang (Pasar Harian)
  5. Kluster Rembau
  6. Kluster Tabligh Pakistan
  7. Kluster Petugas Kesihatan Sungai Buloh
  8. Kluster Pekan
  9. Kluster Kilang Pasir Gudang
  10. Kluster BBIM
  11. Kluster Tabligh Makassar Sabah
  12. Kluster Pengerang
  13. Kluster Istana Negara

Apa yang perlu kita faham tentang ‘Kluster Diisytiharkan Tamat’ ini?

‘Kluster Diisytiharkan Tamat’ bermaksud tiada lagi kes baru dicatatkan dalam sesuatu kluster berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan. Kriteria utama untuk menamatkan sesuatu kluster adalah tiada kes baru selepas dua kali tempoh inkubasi (14hari/satu inkubasi) iaitu 28 hari selepas tarikh gejala bagi kes yang terakhir atau tarikh positif COVID-19 jika kes terakhir tiada gejala.

Contohnya kluster A, tarikh positif kes terakhir (tiada gejala) dalam kluster tersebut ialah 1/4/2020, ini bermaksud jangkaan tamat bagi kluster A ialah 29/4/2020. Dalam hal ini, kita dapat lihat bahawa tempoh antara 1/4/2020 – 29/4/2020 adalah bersamaan 28 hari.


PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya sejak 10 Mei lalu, ditamatkan bermula tengah malam tadi

Pasukan keselamatan terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah membuka kawat duri yang dipasang di sekitar kawasan berkenaan.

Dianggarkan, terdapat 2,150 penduduk termasuk 595 warga asing tinggal di kawasan berkenaan dan mereka sudah disaring sepenuhnya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengucapkan terima kasih kepada komuniti pasar Jalan Othman kerana menyokong dan bersabar sepanjang PKPD.

Kawasan di sekitar Pasar Jalan Othman diletakkan di bawah PKPD sejak 10 Mei lalu.

Kementerian Kesihatan sebelum ini mengesahkan terdapat 26 kes positif Covid-19 di kawasan berkenaan.


Kewujudan Kluster Baharu.

Terdapat satu kluster baru dikesan di Depot Tahanan Imigresen di Bukit Jalil. Sehingga hari ini, seramai 645 orang telah disampel secara keseluruhan di mana 35 kes positif COVID-19 dikesan, 400 kes negatif COVID-19 dan 210 kes menunggu keputusan. Kesemuanya bukan warganegara Malaysia.

  • 17 warga Myanmar
  • 15 warga India
  • 1 warga Sri Lanka
  • 1 warga Bangladesh
  • 1 warga Mesir.

Selain daripada itu, terdapat 4 lagi kluster yang melaporkan kes baharu positif, iaitu Pasar Kajang (2 kes baharu), Pesantren (1), Sendayan (1) dan Pasar Chow Kit (1)


LAPORAN PENGEMBARA MALAYSIA POSITIF COVID-19, 21 Mei 2020

Daripada 50 kes baru yang dilaporkan pada hari ini, 3 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.


Negara Peru adalah negara yang ke-12 mencatatkan kes melebihi 100,000 kes. Terdapat 45 negara dan wilayah yang mempunyai kadar kesembuhan melebihi 80%. Malaysia berada ditangga 41 dengan kadar kesembuhan 81.41%.

Next Post Previous Post