KKM juga ingin memaklumkan terdapat sebelas (11) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1. KLUSTER JALAN PLAYAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 11 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 180 individu telah disaring, di mana 68 kestelah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER SRI SURIA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 5 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 258 individu telah disaring, di mana 16 kestelah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER TAPAK BINA BUKIT SEMENYIH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 3 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 371 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER BUKIT ANGKAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 1 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah syarikat. Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 83 individu telah disaring, di mana 25 kestelah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER PARIT JAMIL

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-108188) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 612 individu telah disaring, di mana 62 kestelah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER TOMBOVO

Kluster ini melibatkan daerah Putatan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-117629) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 97 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER TAPAK BINA JALAN DESA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 5 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 800 individu telah disaring, di mana 116 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER JALAN RAJA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Cheras, Titiwangasa dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 19 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah pusat membeli-belah. Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 125 individu telah disaring, di mana 25 kestelah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

9. KLUSTER LANGIT SELATAN

Kluster ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-112707) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

10. KLUSTER BAH SAYAP

Kluster ini melibatkan daerah Miri di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-112711) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 48 individu telah disaring, di mana lima (5) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

11. KLUSTER MENGKUANG

Kluster ini melibatkan daerah Marang dan Kuala Nerus di Terengganu. Kes indeksbagi kluster ini (iaitu kes ke-115063) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 150 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post