COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

KLUSTER BAHARU: KLUSTER KENCANA (14/10/2020)

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat satu (1) kluster baharu telah dikenal pasti yang melibatkan daerah Hulu Langat, Petaling, Klang dan Gombak di negeri Selangor, Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Pontian di negeri Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13805) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 7 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 16 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 14 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 23 individu telah disaring, di mana: • 17 kes dikesan positif COVID-19;
• Empat (4) individu negatif; dan • Dua (2) individu masih menunggu keputusan.

Next Post Previous Post