Pecahan kes baharu 659 termasuk 1 kes import. 3 negeri tidak melaporkan kes baharu iaitu Johor, Melaka dan Perlis. Tiada kluster baharu dilaporkan, namun kes baharu masih dikesan dalam 33 kluster sedia ada.
Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:
Sabah: 529 kes
205 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
203 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
121 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Selangor: 55 kes
18 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Negeri Sembilan : 25 kes
16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Dua (2) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Labuan : 12 kes
Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 11 kes
Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Sarawak : Sembilan (9) kes
Enam (6) kes daripada kluster sedia ada;
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI); dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Perak : Enam (6) kes
Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Putrajaya : Empat (4) kes
Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Kedah : Dua (2) kes daripada kluster sedia ada.
Pulau Pinang : Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
Terengganu: Dua (2) kes daripada kluster sedia ada.
Pahang: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
Kelantan: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.