COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

SATU (1) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (16/11/2020)

KKM ingin memaklumkan terdapat satu (1) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu Kluster Matambai. Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu dan Penampang di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-22962) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 22 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, Matambai, Penampang. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 23 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Penjara Wanita Kepayan serta Hospital Queen Elizabeth

Sehingga 16 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 333 individu telah disaring, di mana:

24 kes dikesan positif COVID-19 (15 kes baharu); 306 individu dikesan negatif; dan Tiga (3) individu masih menunggu keputusan.

Next Post Previous Post