KKM juga ingin memaklumkan terdapat empat (4) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  1. KLUSTER KUPI-KUPI

Kluster ini melibatkan daerah Penampang di negeri Sabah. Kes-kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke 67316 dan kes ke-67318) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Disember 2020 hasil saringan individu-individu bergejala. Sehingga 9 Disember 2020, sejumlah 12 individu telah disaring, di mana kesemua 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. Walau bagaimanapun, pengenalpastian kontak rapat masih giat dijalankan oleh pihak berkuasa.

  1. KLUSTER TAPAK BINA IKON BINTANG

Kluster ini melibatkan daerah Lembah Pantai dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 9 Disember 2020 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan sebuah tapak pembinaan. Sehingga 9 Disember 2020, sejumlah 532 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  1. KLUSTER BANDAR IMPIAN

Kluster ini melibatkan daerah Kluang di negeri Johor, daerah Pasir Puteh di negeri Kelantan dan daerah Kuala Kangsar di negeri Perak. Kes indeks (iaitu kes ke-67156) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dan dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Disember 2020. Sehingga 9 Disember 2020, sejumlah 58 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  1. KLUSTER JALAN KEMANG

Kluster ini melibatkan daerah Port Dickson di Negeri Sembilan. Kes indeks (iaitu kes ke-71123) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 9 Disember 2020, sejumlah 257 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post