Klik Untuk Capaian Melalui FB Video

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM : BAHASA MELAYU | [ENGLISH]()

Terkini COVID-19; 30 Sep 2020

  • Jumlah discaj baru:28
  • Jumlah kumulatif:9967 (88.8%)
  • Jumlah kes baru;89
  • Jumlah kumulatif:11224
  • Jumlah kes aktif:1121
  • Kes tempatan:86 (84WN, 2BWN)
  • Kes import:3 (3BWN)
  • Jumlah kematian:2
  • Jumlah kumulatif:136 (1.21%)
  • Kes di ICU:16
  • Pesakit intubated:3

Nasihat berkaitan COVID-19 (klik gambar untuk besarkan)

Putus Covid Putus Covid Putus Covid

TERUS PATUH KEPADA S.O.P

Muat turun aplikasi MySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!

LAPORAN HARIAN

Dukacita dimaklumkan terdapat 2 kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 136 kes.

Kes kematian ke-135 (iaitu kes ke-11207) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 46 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, jantung dan buah pinggang. Kes mula mengalami gejala sejak 21 September 2020. Pada 28 September 2020 kes mengalami sesak nafas dan telah dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Keadaan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada hari yang sama jam 6.15 petang. Hasil saringan COVID-19 didapati positif.

Kes kematian ke-136 (iaitu kes ke-11185) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 70 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit barah peringkat akhir. Kes telah meninggal dunia di rumah pada 26 September 2020 dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Tawau, Sabah. Hasil saringan COVID-19 didapati positif pada 29 September 2020.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

Previous Post