KKM juga ingin memaklumkan terdapat empat (4) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1. KLUSTER TAPAK BINA SUNGAI MULIA

Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes awal dalam kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 November 2020 hasil saringan tempat kerja di sebuah tapak pembinaan. Sehingga 29 November 2020, sejumlah 124 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER BATU LIMA

Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di negeri Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-50994) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 19 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 29 November 2020, sejumlah 118 individu telah disaring, di mana 49 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER YAYASAN

Kluster ini melibatkan daerah Klang di negeri Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke- 52340) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 20 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 29 November 2020, sejumlah 190 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER HILIR

Kluster ini melibatkan daerah Kota Bharu, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh di negeri Kelantan. Kes indeks (iaitu kes ke-58845) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 24 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 29 November 2020, sejumlah 975 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post