HEAT MAP KAWASAN AKTIF SEPANJANG PKPB DILAKSANAKAN
Sabah lapor 381 kes baharu dan 566 kes sembuh. 67 kes dilaporkan daripada kluster sedia dan kluster baharu. Manakala baki 191 adalah saringan kontak rapat dan 123 kes lagi adalah lain-lain saringan. Pecahan kes mengikut daerah; K.Kinabalu catat kes tertinggi iaitu (95). Manakala Kunak turun dari zon jingga ke kuning.
Selangor laporkan 185 kes baharu dan 154 kes sembuh. 132 daripadanya daripada kluster sedia ada. Klang catat 100 kes, menjadikan jumlah positif di daerah tersebut meningkat kepada 882. Jumlah positif COVID-19 di Selangor;2664.
KL catat 475 termasuk 6 kes import. Sebanyak 462 kes dikesan dalam kluster sedia ada termasuk Kluster Tapak Bina Damanlela (460). Putrajaya pula catat 1 sahaja kes baharu. Jumlah kes positif di KL dan Putrajaya kini sebanyak 932 kes.
N.Sembilan lapor 48 kes baharu dan 171 kes sembuh. Jumlah kes positif di Negeri Sembilan adalah 1,681. Kes tertinggi mengikut daerah adalah Seremban (1,618). Tampin kekal hijau. Daerah lain pula lapor kes positif bawah 10 kes.
LAPORAN KLUSTER COVID-19 DI MALAYSIA
Rumusan kluster bagi 15 November 2020
Kluster baru: 3
Kluster tamat: 1 (Bah Arnab, di Sarawak)
Kluster aktif: 162
Kluster tamat: 139
Jumlah kluster keseluruhan: 301
5 Kluster penyumbang tertinggi kepada kes harian Covid-19 pada 15 Nov 2020
Kluster Tapak Bina Damanlela - 460
Kluster Teratai - 53
Kluster Perigi - 33
Kluster Intan - 33
Kluster Hentian - 29
45 kluster aktif melaporkan kes baharu hari ini. Kluster Tapak Bina Damanlela catat kes tertinggi antara semua kluster iaitu 460. Kluster ini dikesan di KL. Kluster Cergas pula hanya catat 18 kes berbanding 364 semalam.
3 kluster baharu hari ini melibatkan Sabah (2) dan Johor (1). Jumlah kes baharu dalam kesemua kluster ini adalah 60. Hanya kes dalam kluster Jeri yang masih menunggu keputusan (609).
KLUSTER BAHARU
KLUSTER TAMAT
PERINCIAN SETIAP KLUSTER AKTIF DI MALAYSIA
TABURAN KES
PERGERAKAN 14 HARI TABURAN KES MENGIKUT DAERAH DI MALAYSIA
Daerah warna hijau: tidak ada kes dlm 14 hari
Daerah warna kuning: ada 1-40 kes dlm 14 hari
Daerah warna merah: ada 41 kes atau lebih dlm 14 hari
LAPORAN PENGEMBARA & PEMASTAUTIN TETAP MALAYSIA POSITIF COVID-19
BERITA DUNIA
Jumlah keseluruhan kes COVID-19 di seluruh dunia kini menghampiri 55 juta kes. Kira-kira 1.3 juta kes kematian direkodkan dan 37,442,600 kes sembuh dilaporkan.
Dalam pada itu, Bulgaria dan Venezuela menghampiri angka 100,000 kes positif.
Malaysia berada di kedudukan 85 dunia. Setakat 15 November 2020, Malaysia catat 47,417 kes positif dan 309 kes kematian. Kes sembuh Malaysia pula adalah sebanyak 34,785 kes.