COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Perkembangan Nilai Rt ATAU R NAUGHT (R0) Dalam Negara

Nilai Rt penularan jangkitan COVID-19 bagi negara adalah kekal melebihi angka 1.0. Nilai terkini pada 13 September 2020 adalah 1.58. Jika diteliti nilai Rt bagi negeri Sabah pula, pada 8 September 2020 ianya adalah amat tinggi, iaitu pada nilai 3.72. Ini adalah lebih tinggi berbanding nilai Rt bagi negeri Kedah pada tarikh yang sama iaitu 2.63.

Hasil tindakan kesihatan awam yang giat dijalankan telah menurunkan sedikit nilai ini bagi kedua-dua negeri. Pada 13 September 2020, nilai Rt bagi negeri Sabah adalah 1.70, iaitu hampir sama dengan nilai Rt bagi negeri Kedah pada tarikh yang sama iaitu 1.58. Namun begitu, nilai ini masih kekal melebihi 1.0 bagi kedua-dua negeri, dan seterusnya memberi kesan kepada nilai Rt bagi negara. Tindakan kesihatan awam perlu diteruskan dan dipergiat agar nilai ini dapat terus dikurangkan sehingga kurang daripada 1.0; sekaligus mengurangkan transmisi dan kebolehjangkitan COVID-19 di dalam komuniti.

Paling utama, tindakan dan komitmen adalah diperlukan daripada semua lapisan dan peringkat masyarakat untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kerajaan. Duduklah di rumah sekiranya tiada urusan di luar rumah, pastikan amalan penjarakan fizikal dilaksanakan setiap masa, basuh tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer, dan pakai pelitup muka ketika di tempat awam, terutama yang sesak dan sempit.

Next Post Previous Post