KKM juga ingin memaklumkan terdapat sebelas (11) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1. KLUSTER TAMAN INTEGRASI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 10 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah
kilang. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja-pekerja kilang tersebut yang terletak di Rawang Integrated Industrial Park. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 250 individu telah disaring, di mana 119 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER JALAN IJUK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling, Kuala Langat, Sepang, Klang dan Hulu Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 10 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah kilang. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kilang tersebut yang terletak di Jalan Ijuk 26/5, Hicom Industrial Estate, Shah Alam. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 262 individu telah disaring, di mana 99 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER JALAN RAMI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-132549) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Januari 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Saringan seterusnya di tempat kerja kes indeks mendapati seramai 111 lagi individu dikesan positif COVID-19. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti kilang tersebut yang terletak di Jalan Rami 4, Kawasan Perindustrian Bukit Pasir, Muar, Johor. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 241 individu telah disaring, di mana 112 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER KOTA

Kluster Ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-110221) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Teluk Jeri, Tanjung Sedili, Kota Tinggi. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 397 individu telah disaring, di mana 57 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER TANJUNG MEGAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pontian di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-132447) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat. Nama kluster merujuk kepada gabungan nama tempat kerja dan tempat kediaman kes indeks iaitu di Taman Megah, Pontian, Johor. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 183 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER JALAN KASTURI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 11 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah syarikat pengawal keselamatan. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kediaman kes-kes yang dilaporkan dalam kluster ini iaitu di Jalan Hang Kasturi. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 61 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER JALAN THAMBY

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 5 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah syarikat pengawal keselamatan. Nama kluster ini merujuk kepada alamat tempat tinggal kes-kes yang dikesan positif iaitu di Jalan Thamby Abdullah, off Jalan Sambathan, Brickfields. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 45 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER TAMAN BATIK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Muda dan Baling di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-135722) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di sebuah pasaraya yang terletak di Taman Batik, Sungai Petani. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 11 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

9. KLUSTER BUKIT BAKAR

Kluster ini melibatkan daerah Machang di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-115060) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada alamat kediaman rumah kes indeks iaitu di Kampung Padang Malar, Bukit Bakar, Machang. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 154 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

10. KLUSTER KAMPUNG TENGAH

Kluster ini melibatkan sebuah majlis perkahwinan yang diadakan di daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-127016) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokasi penganjuran majlis berkenaan iaitu di Kampung Tengah, Mantin Dalam, Mantin, Seremban. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 130 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

11. KLUSTER DIALISIS MALIM

Kluster ini melibatkan daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-130982) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan iaitu di sebuah pusat dialisis yang terletak di Jalan Malim, Balai Panjang, Melaka. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 75 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini

Next Post Previous Post