KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat dua (2) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;
Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling dan Klang di negeri Selangor, daerah Jeli di negeri Kelantan dan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-33122) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pra pembedahan pada 29 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 21 lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 8 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 362 individu telah disaring, di mana:
• 22 kes dikesan positif COVID-19 (8 kes baharu);
• 213 kes dikesan negatif; dan
• 127 individu masih menunggu keputusan.
Kluster baharu ini melibatkan daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah di negeri Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-32489, kes ke-39353, dan kes ke-39354) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu-individu bergejala pada 30 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak lima (5) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Melaka.
Sehingga 8 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 1,861 individu telah disaring, di mana:
• Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
• 109 individu dikesan negatif; dan
• 1,744 individu masih menunggu keputusan.