Status Terkini Kluster BENTENG LD dan KLUSTER SUNGAI

Kluster Benteng LD

Sehingga jam 12 tengah hari 12 September 2020, sejumlah 4,089 telah disaring dalam Kluster Benteng LD dan sebanyak 44 kes baharu telah dikesan positif COVID-19. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

Tawau (2,847 disaring):

  • 293 kes dikesan positif COVID-19 (43 kes baharu);
  • 724 individu negatif; dan
  • 1,830 individu masih menunggu keputusan.

Lahad Datu (1,242 disaring):

  • 88 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
  • 440 individu negatif; dan
  • 714 individu masih menunggu keputusan.

Berdasarkan keseluruhan jumlah saringan bagi kluster ini, pecahan saringan melibatkan:

  • 833 banduan di mana 361 dikesan positif COVID-19;
  • 832 kakitangan di mana dua (2) dikesan positif COVID-19
  • 1,044 orang kontak ahli keluarga kakitangan dan banduan di mana tiga (3) dikesan positif COVID-19;
  • 728 pegawai agensi kerajaan lain, tiada dikesan positif COVID-19; dan
  • 652 kontak sosial di mana 15 dikesan positif COVID-19.

Daripada jumlah 381 kes positif COVID-19, 168 adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 213 adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:

  • Filipina (149 kes); dan
  • Indonesia (64 kes).


Kluster Sungai

Terdapat lima (5) kes baharu yang dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. Sehingga jam 12 tengah hari 12 September 2020, sejumlah 8,258 telah disaring dalam Kluster Sungai, iaitu melibatkan seramai 709 petugas kesihatan (iaitu 8.6 peratus). Pecahan jumlah saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:

Kedah (8,110 disaring):

  • 55 kes dikesan positif COVID-19 ( 5 kes baharu);
  • 2,041 individu negatif; dan
  • 6,014 individu masih menunggu keputusan.

Pulau Pinang (131 disaring):

  • 124 individu negatif; dan
  • Tujuh (7) individu masih menunggu keputusan.
  • Perlis (17 disaring):
  • Satu (1) kes dikesan positif COVID-19;
  • 11 individu negatif; dan
  • Lima (5) individu masih menunggu keputusan.

Situasi terkini dalam kluster-kluster sedia ada dan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Next Post Previous Post