Kluster Baharu : KLUSTER BANGAU-BANGAU

KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu telah dilaporkan di Semporna, Sabah. Kluster ini dikenalpasti hasil saringan kemasukan pesakit ke Hospital Semporna. Sebanyak lima (5) kes (iaitu kes ke-10340 hingga ke-10344) telah dikesan positif COVID-19 pada 21 September 2020. Daripada jumlah itu, empat (4) kes merupakan warganegara Malaysia dan satu (1) kes merupakan bukan warganegara. Kesemua mereka tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Semporna untuk rawatan.

Sehingga 22 September 2020, 12 tengah hari, sejumlah 97 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • Lima (5) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 92 individu masih menunggu keputusan.

Langkah pencegahan jangkitan termasuk proses nyah kuman dan proses pembersihan telah dijalankan di Hospital Semporna. Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan. Perkhidmatan di Hospital Semporna berjalan seperti biasa.

Next Post Previous Post