Klik Untuk Capaian Melalui FB Video

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM : BAHASA MELAYU | [ENGLISH]()

7 kes yang dilaporkan pada hari ini adalah yang paling rendah sejak PKP dijalankan. Ini bukti Malaysia berada di landasan betul hasil keberkesanan strategi dan pendekatan KKM.

Ringkasan Kes COVID-19 pada 8 JUN 2020

Kes baharu dilaporkan: 7

Perincian kes baharu:-

--> 2 kes import (2 WN, 0 BWN)

--> 5 kes penularan tempatan (5 WN, 0 BWN)

  • Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 8,329
  • Jumlah kes aktif: 1,518
  • Kes sembuh: 20
  • Jumlah keseluruhan kes sembuh: 6,694
  • Jumlah keseluruhan kes di ICU: 6 (1 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)
  • Kematian: 0
  • Jumlah keseluruhan kematian: 117

Nasihat berkaitan COVID-19

TERUS PATUH KEPADA S.O.P

Muat turun aplikasi MySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!

LAPORAN HARIAN

LAPORAN KHAS : SITUASI DENGGI DI MALAYSIA

Dari Januari sehingga 6 Jun 2020, sebanyak 48,584 kes Demam Denggi telah dilaporkan berbanding 54,524 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2019 (penurunan sebanyak 11%).

Namun sejak enam (6) minggu yang lalu, kes Demam Denggi mula menunjukkan tren peningkatan secara berterusan (purata peningkatan sebanyak 8% setiap minggu). Sepanjang tempoh yang sama bagi tahun ini juga, 84 kematian kes denggi telah dilaporkan berbanding 83 kes pada tahun 2019. Daripada 84 kematian tersebut, 11% telah lewat mendapatkan rawatan (iaitu tiga (3) hari selepas bermulanya gejala).

KKM menjangkakan berlaku peningkatan kes Demam Denggi gelombang kedua bermula awal Jun sehingga September 2020, iaitu berdasarkan tren kes Demam Denggi selama 5 tahun.

Orang ramai diseru supaya meningkatkan tahap kebersihan di kawasan masing-masing terutamanya di tempat takungan air dan kawasan yang berpotensi untuk nyamuk membiak. Usaha membanteras nyamuk Aedes dan Demam Denggi adalah tanggungjawab kita semua, sepertimana juga masyarakat telah berganding bahu bagi memutuskan penularan jangkitan COVID-19.

Cegah penularan kes Demam Denggi:

  1. Luar dan dalam premis perlu dibersihkan setiap minggu oleh pemilik premis.
  2. Sembur aerosol ke ruang bilik yang telah lama tidak digunakan.
  3. Lakukan aktiviti larvasiding (iaitu penggunaan secara berkala bahan untuk membunuh jentik-jentik)
  4. Lindungi diri dengan memakai repelen.
  5. Jika ada gejala, segera dapatkan rawatan di fasliti kesihatan berhampiran.
  6. Semua fasiliti kesihatan perlu berwaspada jika terdapat kes disyaki Demam Denggi. Kes perlu segera dirawat dan dirujuk jika memerlukan rawatan selanjutnya.

Next Post Previous Post