KKM juga ingin memaklumkan terdapat enam (6) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1. KLUSTER PTS SIBUGA

Kluster ini melibatkan daerah Sandakan, Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-35885) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 28 November 2020, sejumlah 324 individu telah disaring, di mana 104 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER TAPAK BINA JESSELTON

Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, Sabah. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 28 November 2020 hasil saringan di tempat kerja. Sehingga 28 November 2020, sejumlah 181 individu telah disaring, di mana 44 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER DERMAGA

Kluster ini melibatkan daerah Sandakan, Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-25325) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Oktober 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 28 November 2020, sejumlah 297 individu telah disaring, di mana 34 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER TEMPASUK

Kluster ini melibatkan daerah Kota Belud, Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-56849) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 24 November 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 28 November 2020, sejumlah 149 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER UD SS2

Kluster ini melibatkan daerah Petaling, Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke-61360) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 27 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 28 November 2020, sejumlah 40 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19.

6. KLUSTER TAPAK BINA AWAN BARU

Kluster ini melibatkan daerah Kepong dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 November 2020 melalui saringan bersasar ke atas pekerja-pekerja di sebuah tapak pembinaan. Sehingga 28 November 2020, sejumlah 442 individu telah disaring, di mana 31 kes telah dikesan positif COVID-19.

Next Post Previous Post