LAPORAN PENGEMBARA & PEMASTAUTIN TETAP MALAYSIA POSITIF COVID-19
LAPORAN KLUSTER COVID-19 DI MALAYSIA
KLUSTER AKTIF
Laporan Kluster Covid-19 Yang Aktif di Malaysia
STATUS TERKINI KLUSTER TELAGA
Terdapat satu (1) kes baharu dilaporkan bagi Kluster Telaga di negeri Kedah, justeru menjadikan jumlah kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini sebanyak lapan (8) kes. Sehingga 4 September 2020 jam 12 tengah hari, seramai 2,743 orang telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:
Kedah (2,737 disaring):
Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19;
2,075 individu negatif; dan
654 individu masih menunggu keputusan.
Pulau Pinang (6 disaring, tiada saringan baharu):
Enam (6) individu negatif.
Pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat bagi kluster ini masih diteruskan. Situasi terkini kluster akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
KLUSTER DEPOH TAHANAN
LAPORAN SARINGAN COVID-19
(1) Tahfiz/Madrasah
(2) Pusat Jagaan Warga Emas
(3) Pasar
(4) Saringan Bukan Warga Negara
TABURAN KES
PERGERAKAN 14 HARI TABURAN KES MENGIKUT DAERAH DI MALAYSIA
Daerah warna hijau: tidak ada kes dlm 14 hari
Daerah warna kuning: ada 1-40 kes dlm 14 hari
Daerah warna merah: ada 41 kes atau lebih dlm 14 hari
Kekalkan daerah anda berwarna hijau
Kita jaga kita, kita jaga keluarga kita, kita jaga komuniti dan daerah kita
LAPORAN UJIAN MAKMAL COVID-19
BERITA DUNIA
Kes COVID-19 dunia pada masa kini telah mencapai sekitar 26.2 juta kes. Jumlah kes harian dunia menunjukkan kenaikan iaitu lebih kurang 279,000 kes berbanding sebelumnya 263,000 kes.
Jumlah kes harian bagi negara India dan Brazil masing-masing naik sekitar 84,000 kes dan 49,000 kes. Manakala negara Amerika Syarikat menunjukkan penurunan iaitu 33,000 kes.
Kadar kematian dunia pada masa kini menurun kepada 3.31% atau sekitar 868,000 kes dan kadar kesembuhan pula meningkat 69.68% atau sekitar 18.3 juta kes.