HEAT MAP KAWASAN AKTIF SEPANJANG PKPB DILAKSANAKAN
Sabah lapor 387 kes baharu dan 237 kes sembuh. Ranau kembali naik ke zon jingga selepas melaporkan 12 kes baharu. Secara keseluruhan, kes aktif di Ranau; 24. Terdapat 3 kluster baharu iaitu Sabaru, Tomher dan Garden dimana 85 kes baharu dikesan dalam ketiga-tiga kluster ini.
Selangor lapor 141 kes baharu termasuk 2 import dan 170 kes sembuh. Klang (43) dan Hulu Langat (33) terus menjadi daerah yang melaporkan kes tertinggi di Selangor. Jumlah kes aktif di Selangor adalah 2,717.
KL lapor 31 kes baharu termasuk 2 import dan Putrajaya lapor 1 kes baharu. 2 kluster baharu Kluster Murni, KL Kluster Putra-18, Putrajaya Bukit Bintang naik ke zon merah. Setakat ini, kes aktif di daerah ini; 46. Jumlah kes aktif di setiap daerah Kepong - 1206 Lembah Pantai - 80 Titiwangsa - 51 Cheras - 175 Jumlah kes aktif di Putrajaya adalah 33. Jumlah keseluruhan kes aktif di KL dan Putrajaya adalah 1,545.
LAPORAN KLUSTER COVID-19 DI MALAYSIA
46 kluster aktif termasuk 8 kluster baharu. Kes paling besar dilaporkan dalam kluster Pusat Tahanan Sementara Tawau (135). Cergas turut melaporkan kes baharu (15) menjadikan kes keseluruhan sebanyak 1,251.
KLUSTER BAHARU
8 kluster baharu dilaporkan hari ini di Sabah (3), P.Pinang (1), Kuala Lumpur/Selangor (1), Putrajaya/Selangor (1), Melaka/Johor (1) dan Sarawak (1). Secara keseluruhan, terdapat 160 kes positif dalam kesemua 8 kluster ini.
KLUSTER TAMAT
3 kluster ditamatkan hari ini: Kencana Bah Sintok Seri Anggerik Jumlah kluster ditamatkan adalah 148.
PERINCIAN SETIAP KLUSTER AKTIF DI MALAYSIA
TABURAN KES
PERGERAKAN 14 HARI TABURAN KES MENGIKUT DAERAH DI MALAYSIA
Daerah warna hijau: tidak ada kes dlm 14 hari
Daerah warna kuning: ada 1-40 kes dlm 14 hari
Daerah warna merah: ada 41 kes atau lebih dlm 14 hari
LAPORAN PENGEMBARA & PEMASTAUTIN TETAP MALAYSIA POSITIF COVID-19
BERITA DUNIA
Bulgaria menjadi negara ke-58 yang mencatatkan kes melebihi 100,000.
Lebih 55 juta penduduk dunia telah dijangkiti wabak COVID-19. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,333,462 kes kematian direkodkan.
Semalam Malaysia merekodkan 1,018 kes sembuh dan 1,210 kes baharu.
Malaysia kini berada di kedudukan 85.