COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Klik Untuk Capaian Melalui FB Video

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM : BAHASA MELAYU | [ENGLISH]()

Terkini #COVID19Malaysia 12 Okt 2020

  • Kes sembuh=109
  • Jumlah kes sembuh= 11,022 kes
  • Kes positif= 563
  • (kes import=1, kes tempatan=562)
  • Jumlah positif= 16,220 kes
  • Kes kematian=2
  • Jumlah kes kematian= 159 kes
  • Kes dirawat di ICU= 98 kes
  • Bantuan Alat Pernafasan= 29 kes

Nasihat berkaitan COVID-19 (klik gambar untuk besarkan)

TERUS PATUH KEPADA S.O.P

Muat turun aplikasi MySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!

LAPORAN HARIAN

563 kes baharu telah dilaporkan hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 16,220 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 5,039 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Daripada 563 kes hari ini, Sabah masih mencatat jumlah kes harian tertinggi iaitu 291 kes, namun ianya rendah berbanding semalam iaitu 488 kes. Pulau Pinang mencatat lonjakan jumlah kes positif iaitu sebanyak 141 kes, namun kesemuanya adalah daripada Kluster Penjara Reman di mana semua kes ini sememangnya terasing daripada masyarakat iaitu di dalam penjara. Ingin dimaklumkan daripada 563 kes baharu yang dilaporkan, terdapat 1 kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara iaitu Indonesia, dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melibatkan warganegara Malaysia. Daripada 562 kes penularan di dalam negara, 498 kes adalah warganegara Malaysia dan 64 kes adalah bukan warganegara. Daripada 562 kes penularan di dalam negara, 10 kes pula merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, sekaligus menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 sebanyak 363 kes.

Kedah melaporkan 10 kes baharu hari ini melibatkan Kubang Pasu (2), Kuala Muda (1), Baling (4) dan Kota Setar (3). 3 daerah yang berada dalam zon hijau adalah Padang Terap, Bandar Baharu dan Sik.

17 daerah di Sabah melaporkan kes baharu hari ini. Semporna melaporkan kes tertinggi (98) diikuti Kota Kinabalu (54) dan Sandakan (35). Sabah juga turut melaporkan 1 kluster baharu iaitu Kolong. Kluster ini melaporkan 4 kes baharu, menjadikan keseluruhan kes positif adalah 8.

Next Post Previous Post