COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat dua (2) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • Sabah (1 kluster); dan
  • Selangor (1 kluster).

1) KLUSTER KAU SING, SABAH

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Tawau, Sabah. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-10755) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 29 tahun yang dikesan positif COVID-19 melalui saringan individu bergejala pada 25 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Tawau, Sabah. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan enam (6) lagi kes positif COVID-19 dikenal pasti. Daripada tujuh (7) kes yang dikesan positif, sebanyak lima (5) kes merupakan warganegara Malaysia dan dua (2) kes bukan warganegara. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Tawau, Sabah.

Sehingga 4 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 27 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • Tujuh (7) dikesan positif COVID-19;
  • Sembilan (9) individu dikesan negatif; dan
  • 11 individu masih menunggu keputusan.

Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.

2) KLUSTER EMBUN, SELANGOR

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Hulu Langat, Selangor. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-11147) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 41 tahun yang dikesan positif COVID-19 melalui saringan individu bergejala pada 29 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan empat (4) lagi kes positif COVID-19 dikenal pasti. Semua kes positif ini melibatkan warganegara Malaysia. Mereka juga telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

Sehingga 4 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 52 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • Lima (5) dikesan positif COVID-19;
  • 21 individu dikesan negatif; dan
  • 26 individu masih menunggu keputusan.

Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan

Next Post Previous Post