KKM juga ingin memaklumkan terdapat lima (5) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1. KLUSTER TAPAK BINA JALAN GADANG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 13 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 28 Disember 2020, sejumlah 375 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER MENARA SRI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras, Kepong, Lembah Pantai dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Kerian di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-99803) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 28 Disember 2020, sejumlah 51 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER BUKIT PASIR
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-100103) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 28 Disember 2020, sejumlah 14 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER PINTU GENG
Kluster ini melibatkan daerah Kota Bharu di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-101557) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 28 Disember 2020, sejumlah 130 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER PUTRA 15
Kluster tempat kerja ini melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-103898) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 28 Disember 2020, sejumlah 31 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post