COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

1) KLUSTER BAIDURI, WP KUALA LUMPUR

Kluster baharu ini melibatkan daerah Hulu Langat, Selangor dan daerah Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14312) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pra pembedahan pada 7 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengesan 17 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 12 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 39 individu telah disaring, di mana: • 18 kes dikesan positif COVID-19; • 12 individu negatif; dan • 9 individu masih menunggu keputusan.

2) KLUSTER BAH PERDANA, WP KUALA LUMPUR

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11305) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 28 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 8 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 12 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 22 individu telah disaring, di mana: • 9 kes dikesan positif COVID-19; dan • 13 individu masih menunggu keputusan.

3) KLUSTER KOLONG, SABAH

Kluster baharu ini dikenal pasti di daerah Keningau, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13548) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan dalam komuniti pada 7 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 7 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 12 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 92 individu telah disaring, di mana: • 8 kes dikesan positif COVID-19; • 81 individu negatif; dan • 3 individu masih menunggu keputusan.

4) KLUSTER BAH TROPICANA, SELANGOR

Kluster baharu ini dikenal pasti di daerah Petaling, Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11804) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 2 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengesan 13 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 12 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 147 individu telah disaring, di mana: • 14 kes dikesan positif COVID-19; • 105 individu negatif; dan • 28 individu masih menunggu keputusan.

5) KLUSTER RINTING,JOHOR

Kluster baharu ini melibatkan melibatkan daerah Melaka Tengah di Melaka dan daerah Johor Bahru di negeri Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14350) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan masuk kerja pada 7 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Melaka. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 7 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 12 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 162 individu telah disaring, di mana: • 8 kes dikesan positif COVID-19; • 97 individu negatif; dan • 57 individu masih menunggu keputusan.

6) KLUSTER BAH KASTURI,WP PUTRAJAYA

Kluster baharu ini melibatkan beberapa buah daerah dan negeri iaitu; • Daerah Seremban, Negeri Sembilan; • Daerah Cheras dan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya; serta • Daerah Klang, Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Kuala Langat, Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12553) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 24 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan. Saringan kontak rapat telah mengesan 17 lagi kes positif COVID19. Sehingga 12 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 305 individu telah disaring, di mana: • 18 kes dikesan positif COVID-19; • 277 individu negatif; dan • 10 individu masih menunggu keputusan

Next Post Previous Post