KKM juga ingin memaklumkan terdapat lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1. KLUSTER PASAR BARU
Kluster ini melibatkan daerah Klang dan Kuala Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-85580) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 22 Disember 2020, sejumlah 2,001 individu telah disaring, di mana 309 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER BUKIT NAGA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 13 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 22 Disember 2020, sejumlah 190 individu telah disaring, di mana 58 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER TAPAK BINA RESIDEN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 22 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 22 Disember 2020, sejumlah 640 individu telah disaring, di mana 294 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. LUSTER TAPAK BINA KASIH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 22 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 22 Disember 2020, sejumlah 392 individu telah disaring, di mana 43 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER TAPAK BINA SINAR VIEW
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 22 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 22 Disember 2020, sejumlah 510 individu telah disaring, di mana 32 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER PAGINATAN
Kluster ini melibatkan daerah Ranau, Papar, dan Kota Belud di Sabah. Kes pertama bagi kluster ini (iaitu kes ke-85057) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 22 Disember 2020, sejumlah 232 individu telah disaring, di mana 47 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER TAMPOI JAYA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di negeri Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-88947) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 22 Disember 2020, sejumlah 231 individu telah disaring, di mana 32 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER RAPAT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinta dan Perak Tengah di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-87874) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 22 Disember 2020, sejumlah 146 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post