HEAT MAP KAWASAN AKTIF SEPANJANG PKPB DILAKSANAKAN
Sabah lapor 466 kes baharu. 56 adalah dari kluster-kluster sedia ada, 70 dari kluster-kluster baharu (Rumah Merah, Telipok dan Sembulan). 193 dikesan dari saringan kontak rapat manakala baki 147 adalah daripada lain-lain saringan.
Secara keseluruhan, 150 kes baharu dilaporkan di Selangor. 40 kes daripada kluster-kluster sedia ada, 76 daripada kluster-kluster baharu (Merpati dan Astaka). 22 daripada kontak rapat kes dan baki 12 adalah lain-lain saringan COVID-19.
LAPORAN KLUSTER COVID-19 DI MALAYSIA
39 kluster aktif termasuk 8 baharu melaporkan kes baharu hari ini. Daripada kesemua jumlah tersebut, Kluster Rumah Merah di Sabah melaporkan kes tertinggi iaitu 56 kes hari ini. Selain itu, Kluster Merpati (baharu) turut melaporkan kes tertinggi iaitu 45 kes.
KLUSTER AKTIF
Laporan Kluster Covid-19 Yang Aktif di Malaysia
TABURAN KES
PERGERAKAN 14 HARI TABURAN KES MENGIKUT DAERAH DI MALAYSIA
Daerah warna hijau: tidak ada kes dlm 14 hari
Daerah warna kuning: ada 1-40 kes dlm 14 hari
Daerah warna merah: ada 41 kes atau lebih dlm 14 hari
LAPORAN PENGEMBARA & PEMASTAUTIN TETAP MALAYSIA POSITIF COVID-19
LAPORAN SARINGAN COVID-19
BERITA DUNIA
Jumlah kes dunia pada ketika ini adalah 44.8 juta kes. Terdapat 8 negara iaitu Amerika Syarikat, India, Perancis, Brazil, Itali, United Kingdom, Belgium dan Poland mempunyai jumlah kes harian melebihi 20,000 kes.
Bagi jumlah kes kematian dunia pula berjumlah 1.18 juta dengan jumlah kematian paling tinggi adalah negara Amerika Syarikat, Brazil dan India.
Manakala jumlah kes sembuh dunia ialah 32.3 juta. Negara India mempunyai jumlah kes sembuh tertinggi iaitu 7.32 juta atau 22.6% daripada jumlah kes sembuh dunia.