COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan KKM KKM : BAHASA MELAYU | ENGLISH

Status Terkini COVID-19 Di Malaysia, 17 Okt 2020

  • Kes sembuh=302
  • Jumlah kes sembuh=12,561 kes
  • Kes baharu positif=869
  • (kes import=0, kes tempatan=869)
  • Jumlah positif=19,627 kes
  • Kes kematian=4
  • Jumlah kes kematian=180 kes
  • Kes dirawat di ICU= 91 kes
  • Bantuan Alat Pernafasan= 30 kes

TERUS PATUH KEPADA S.O.P

Muat turun aplikasi MySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!

LAPORAN HARIAN

Dukacita dimaklumkan terdapat 4 kes kematian dilaporkan hari ini melibatkan kesemua kes warganegara kecuali kes ke-180. Kesemua kes kematian dilaporkan di Sabah. Setakat ini, jumlah keseluruhan kes kematian COVID-19 adalah sebanyak 180.

Negeri-negeri di Lembah Klang merangkumi 20.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, iaitu Negeri Selangor mencatat 159 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 15 kes dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 2 kes. Kesemua negeri-negeri ini adalah dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Next Post Previous Post