Status Terkini TIGA Kluster di SABAH dan SATU Kluster di KEDAH (25/9/2020)

Kluster Bangau-Bangau

Terdapat 74 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Bangau-Bangau pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 134 kes. Sehingga 25 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 180 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

  • 134 kes dikesan positif COVID-19 (74 kes baharu);
  • 37 individu dikesan negatif COVID-19; dan
  • Sembilan (9) individu masih menunggu keputusan.

Daripada jumlah 134 kes positif COVID-19, 90 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 44 adalah warganegara Filipina.


Kluster Benteng LD

Terdapat 13 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Benteng LD pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 743 kes. Sehingga 25 September 2020 jam 12:00 tengah hari, sejumlah 10,634 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

Tawau (8,054 individu disaring);

  • 576 kes dikesan positif COVID-19 (6 kes baharu);
  • 6,136 individu negatif; dan
  • 1,342 individu menunggu keputusan.

Lahad Datu (2,574 individu disaring):

  • 164 kes dikesan positif COVID-19 (5 kes baharu);
  • 1,901 individu negatif; dan
  • 509 individu menunggu keputusan.

Kinabatangan (5 individu disaring):

  • Dua (2) kes dikesan positif COVID-19 (2 kes baharu); dan
  • Tiga (3) individu negatif.

Sandakan – Satu (1) kes dikesan positif COVID-19, tiada saringan dan pertambahan kes baharu.

Berdasarkan keseluruhan saringan bagi kluster ini, pecahan saringan melibatkan:

  • 1,771 orang banduan dan tahanan di mana 620 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,160 orang kakitangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dan Penjara Tawau di mana 24 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,394 orang kontak ahli keluarga kakitangan dan banduan di mana 27 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,534 orang pegawai agensi kerajaan lain, tiada kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 4,775 kontak sosial di mana 72 kes dikesan positif COVID-19.

Daripada jumlah 743 kes positif COVID-19, 428 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 315 kes adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:

  • Filipina (202 kes); dan
  • Indonesia (113 kes).

Ingin dimaklumkan bahawa jumlah kes akan sentiasa dikemaskini dan kategori bagi kes positif mungkin akan berubah bergantung kepada maklumat terkini hasil siasatan di lapangan.


Kluster Laut

Terdapat dua (2) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Laut pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 24 kes. Sehingga 25 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 533 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

  • 24 kes dikesan positif COVID-19 (2 kes baharu);
  • 353 individu negatif; dan
  • 156 individu menunggu keputusan.

Kesemua 24 kes positif COVID-19 dalam kluster ini adalah di kalangan warganegara Filipina.


Kluster Sungai

Terdapat tujuh (7) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Sungai pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 98 kes. Sehingga 25 September 2020 jam 12:00 tengah hari, sejumlah 25,273 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut negeri adalah seperti berikut:

Kedah (25,053 individu disaring):

  • 97 kes dikesan positif COVID-19 (7 kes baharu);
  • 24,850 individu negatif; dan
  • 106 individu menunggu keputusan.

Pulau Pinang (142 individu disaring):

  • 142 individu negatif.

Perlis (78 individu disaring):

  • Satu (1) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 77 individu negatif.

Daripada 98 kes positif dalam kluster ini, 97 kes merupakan warganegara Malaysia dan satu (1) kes merupakan warganegara Thailand.

Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) bagi kluster-kluster ini masih diteruskan dan status terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Next Post Previous Post