KKM juga ingin memaklumkan terdapat sembilan (9) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER SENAI MURNI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 31 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 7 Januari 2021, sejumlah 190 individu telah disaring, di mana 66 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER TAPAK BINA HARTAMAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 7 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 7 Januari 2021, sejumlah 205 individu telah disaring, di mana 48 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER DAMAI PELANGI

Kluster ini melibatkan sebuah pusat tahanan di daerah Hulu Selangor di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 18 Disember 2020 melalui saringan tahanan. Sehingga 7 Januari 2021, sejumlah 871 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER TAPAK BINA JALAN IPOH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 7 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 7 Januari 2021, sejumlah 570 individu telah disaring, di mana 98 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER RUNGKUP

Kluster ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-114459) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 7 Januari 2021, sejumlah 67 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER DESA SETAPAK

Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-116076) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 7 Januari 2021, sejumlah 25 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER JALAN JAYA

Kluster ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-114380) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 7 Januari 2021, sejumlah 45 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER ZIARAH PUTRA

Kluster ini melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-120815) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 7 Januari 2021, sejumlah 29 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

9. KLUSTER KERANJI TABUAN

Kluster ini melibatkan daerah Kuching di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-122776) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 7 Januari 2021, sejumlah 54 individu telah disaring, di mana enam (6) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post