KKM juga ingin memaklumkan terdapat tiga belas (13) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1. KLUSTER DATARAN UTAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 6 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah syarikat. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 196 individu telah disaring, di mana 66 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER CASA PERMAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 31 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah pasaraya. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 650 individu telah disaring, di mana 109 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER MEDAN JASA

Kluster ini melibatkan daerah Petaling di Selangor; daerah Kuala Kangsar di Perak; dan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-107659) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Disember 2020. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 142 individu telah disaring, di mana 64 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER TASIK UTAMA

Kluster ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan dan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-123974) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 511 individu telah disaring, di mana 49 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER FIRMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 6 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 85 individu telah disaring, di mana 45 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER PERSIARAN TEKNOLOGI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Keskes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 6 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER BERSEPADU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-114631) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Januari 2021 hasil saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 172 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER JALAN PADU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-118692) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 151 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

9. KLUSTER KAMPUNG PITAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kalabakan dan Tawau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke115262) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 149 individu telah disaring, di mana 72 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

10. KLUSTER IKAN EMAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 6 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah syarikat. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana 35 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

11. KLUSTER KAYUH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa, Kepong, dan Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-121936) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Januari 2021 melalui saringan kontak rapat. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 112 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

12. KLUSTER JALAN SEPUTEH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 6 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah restoran. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 25 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

13. KLUSTER ANAK AIR

Kluster ini melibatkan daerah Melaka Tengah dan Jasin di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-114997) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 150 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post