KKM juga ingin memaklumkan terdapat tiga (3) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1. KLUSTER TAPAK BINA METROPOLIS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 14 Disember 2020 melalui saringan tempat kerja di sebuah tapak binaan. Sehingga 20 Disember 2020, sejumlah 481 individu telah disaring, di mana 147 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER ESTATE MAJU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, Putatan dan Tuaran di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-74498) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 20 Disember 2020, sejumlah 63 individu telah disaring, di mana 28 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER BATU 39

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pontian di negeri Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-90568) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Disember 2020 melalui
saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 20 Disember 2020, sejumlah 152 individu telah disaring, di mana 28 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post