KKM ingin memaklumkan status terkini bagi Kluster Tawar dan Kluster Sala yang telah melaporkan kes baharu pada hari ini seperti berikut:
1. Kluster TAWAR
1 kes baharu dilaporkan di negeri Kedah, menjadikan jumlah kes dikesan positif COVID-19 bagi kluster ini sebanyak 47 kes. Sehingga 18 Ogos 2020 jam 12.00 tengah hari, seramai 1,490 orang telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:
i. Kedah (1,195 disaring):
ii. Pulau Pinang (286 disaring):
iii. Perak (9 disaring):
2. Kluster SALA
2 kes baharu dilaporkan di negeri Kedah, menjadikan jumlah kes positif 8 kes. Sehingga 18 Ogos 2020 jam 12.00 tengah hari, seramai 635 orang telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:
i. Kedah (629 disaring):
ii.Pulau Pinang (6 disaring):
Pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat bagi kedua-dua kluster masih diteruskan. Situasi semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.