KKM juga ingin memaklumkan terdapat lima (5) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1. KLUSTER TAPAK BINA CYBER

Kluster ini melibatkan daerah Sepang, Petaling, Klang, dan Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 31 Disember 2020 hasil saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 10 Januari 2021, sejumlah 140 individu telah disaring, di mana 67 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER TEXMILE

Kluster ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes bagi kluster telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 9 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 10 Januari 2021, sejumlah 351 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER JALAN SIBUGA

Kluster ini melibatkan daerah Sandakan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-125813) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 10 Januari 2021, sejumlah 80 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER ALOR DURIAN

Kluster ini melibatkan daerah Tumpat dan Kota Bahru di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-125408) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Januari 2021 hasil saringan rentas negeri. Sehingga 10 Januari 2021, sejumlah 77 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER WAKAF LANAS

Kluster ini melibatkan daerah Pasir Puteh di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-122818) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Januari 2021 hasil saringan rentas negeri. Sehingga 10 Januari 2021, sejumlah 29 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post