COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Terkini : Kluster MV GLEN

KLUSTER MV GLEN

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat 1 kes baharu dilaporkan dalam kluster ini. Kes baharu ini merupakan isteri kepada kes positif kluster yang telah dilaporkan pada 30 Ogos 2020 (iaitu kes ke9332). Beliau telah dikenalpasti susulan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat. Sehingga 2 September 2020, seramai 58 orang telah disaring. Daripada jumlah ini:

  • 3 kes dikesan positif COVID-19;
  • 16 individu negatif; dan
  • 39 individu masih menunggu keputusan.

Saringan sign-on dan sign-off adalah penting kerana ia merupakan salah satu langkah bagi memantau kawalan sempadan negara untuk mengelakkan jangkitan COVID-19 dari luar negara menular masuk ke dalam negara kita.

KKM bersama Jabatan Laut Malaysia telah mengambil pelbagai langkah bagi memantau dan memperketatkan sempadan negara di Perairan Malaysia. Pelbagai Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan telah dibangunkan bagi golongan pelaut yang memasuki Malaysia melalui Pintu Masuk Antarabangsa (PMA). Ini termasuk proses pertukaran anak kapal bermula dari sign-on ke kapal sehingga sign-off dari kapal dan proses kuarantin wajib di stesen kuarantin yang diwartakan Kerajaan. Proses ini akan terus dipantau dan ditambah baik dari semasa ke semasa bagi memastikan kelancaran pelaksanaannya.

Next Post Previous Post